Posts

Book Review #14: Cikgu Kelas Sebelah

Image
Tajuk: Cikgu Kelas Sebelah Penulis : Mohd Fadli Salleh ISBN: 978-967-20620-73 Terbitan: Komrad Buku Tahun Terbitan: 2017
Setiap orang ada perkara yang mampu melemahkan. Contoh seorang shopaholic memang tidak dapat menahan diri dari shopping. Begitu juga yang terjadi kepada diri aku yang kerdil ini. Hajat di hati hanya ingin tengok - tengok saja. Nak survey apa yang best untuk dibeli masa MABOPA Book Fair. Sayang sekali, helaian demi helaian di selak, aku terperangkap. Kelakar, sedih, gembira. Semuanya bercampur dalam naskah ini. Akhirnya aku terbeli juga "CIKGU KELAS SEBELAH"



Buku ini memaparkan kisah - kisah pendek yang pernah dilalui oleh penulisnya sendiri - Cikgu Fadli Salleh. Berbagai kerenah anak muridnya diceritakan untuk perkongsian bersama. Kerjaya sebagai cikgu bukan semudah yang disangka. Banyak ragam anak murid yang mereka perlu hadapi, bukan setakat mengajar subjek yang ditetapkan oleh pihak sekolah saja. Di sini kita boleh lihat bagaimana seorang cikgu perlu b…

Book Review #13: Gerak Gempar

Image
Tajuk: Gerak Gempar
Penulis : Norden Mohamed
ISBN: 978-967-13987-1-5
Terbitan: Layar Minda Publications
Tahun Terbitan: 2017


Puas hati. Itu perkataan pertama muncul difikiran bila muka surat terakhir habis dibaca. Segala persoalan berjaya ditutup dengan kemas. Tiada lagi tanda tanya yang berlegar difikiran. Kisah Fariz Zafar, Datuk Rauzah, Jeffri Zain dan rampasan kapal Lancang Kuning disudahkan dengan sempurna. Tahniah kepada penulis novel Gerak Gempar Tuan Norden Mohamed.

GERAK GEMPAR sebuah novel aksi berkaitan dengan jenayah colar putih. Krisis tercetus bila pelayaran kapal Lancang Kuning diserang sekumpulan lanun Somalia yang dikenali sebagai Bad Holac. WALI 9 serta-merta dikumpulkan bagi menangani krisis besar ini. Mereka mengumpul maklumat dari jabatan masing - masing bagi merangka operasi untuk menyelamatkan kapal Lancang Kuning.



"Jom LIKE page kami D'ulatbuku. Banyak info menarik tentang buku akan kami kongsikan"
Bagi Extron Corporation, kejadian itu menjadi satu …

Book Review #12 (Part 1) : KRISIS 1 - PERTAMA

Image
Tajuk: KRISIS 1 - PERTAMA Penulis: Ahmad Rizvan ISBN: 978-967-14459-6-9 Terbitan: Tebook Press Tahun terbitan: 2017 Kategori: Aksi / Thriller
PERTAMA. Masih tidak mengerti apakah relevannya tajuk ini dengan jalan cerita. Dua kali saya ulang baca bagi mencari jawapan kepada persoalan tersebut Adakah kerana itu tugasan pertama Safri? Atau kerana The Monsta yang pertama seumpanya? Hanya penulisnya saja yang mampu merungkaikan misteri di sebalik judul yang diberi.



Ahmad Rizvan bukan calang - calang novelis dan ini bukan hasil nukilannya yang pertama. Anda dah baca TEMPUR? Itu merupakan hasil karya penulis yang sama, cuma menggunakan nama pena yang berbeza. Kenapa? Hanya tuan empunya badan ada jawapan.

Safri baru sahaja menamatkan latihan dan telah lulus cemerlang dalam ujian sebagai seorang pengawal peribadi profesional di syarikat Perisai Anda Sdn Bhd. Tugasan pertamanya menjadi driver kepada seorang hartawan bernama Paulo Martinez. Pada awalnya dia cuba menolak bila mendapat tahu yang kerjanya …

MABOPA Book Fair 2017

Image
Maklumat penting untuk semua peminat buku diluar sana (termasuk si ulat bukubibliophile, booklover, pencinta buku, penulis buku dan semua yang berkaitan dengan buku) !!!

Save the date, mark your calendar (26 Jul - 30 Jul 2017).

MABOPA BOOK FAIR 2017 KEMBALI LAGI. 

Pameran buku yang dinantikan oleh semua lapisan masyarakat. Anda boleh dapatkan buku - buku yang dihajati disini. Semua pun ada, lebih 100 gerai jualan buku. Macam - macam ada, buku motivasi, buku ilmiah, buku sekolah , buku masakan, buku keagamaan, buku kekeluargaan, novel cinta, thriller, aksi, seram dan berbagai lagi.


Tarikh: 27 Jul - 30 Jul 2017
Masa: 9 pagi - 7 malam
Lokasi: Dewan D, MAEPS Serdang 
            (GPS Coordinate
              N 02'58.863'
              E 101"41.9131)
Anjuran: Majlis Penerbit Buku Malaysia dengan kerjasama Majlis Buku Kebangsaan Malaysia.
Parking Fee: Percuma pada hari Rabu - Jumaat (26 - 28 Jul 2017)
RM5 pada hari Sabtu & Ahad (29 & 30 Jul 2017)

Sumber: FB Mabopa Book Fair. …

Book Review #11: Uwan Konah

Image
Tajuk: Uwan Konah Penulis : Haida Hassan
ISBN: 978-967-14675-8-9
Terbitan: dear Novels
Tahun Terbitan: 2017

Uwan KonahUwan Konah… nama pun agak unik, catchy dan mudah diingati. Melihat kulit buku dan font style pada perkataan Uwan Konah kita dah boleh meneka secara samar siapakah Uwan Konah. Dia sudah tentu seorang wanita tua yang mistik dan menyeramkan. Aku rasa memang itulah yang penulis mahukan. Tidak perlu pening kepala sebab dari kulit buku imaginasi kita sudah boleh menduga Uwan Konah adalah dalang di sebalik semua konflik yang bakal kita baca kelak.


Haida Hassan anda seorang penulis yang cukup teliti dan anda membuat kajian yang cukup terperinci. Kagum saya dengan susunan plot dan pergerakan cerita yang cukup lancar dan teratur. Tiada konflik atau subplot yang berselirat mahupun twist yang membelit urat otak pembaca. Dari awal penceritaan sudah menjurus ke arah konflik yang berlaku diantara dua watak utama. Watak protagonis dan antagonis digambarkan secara jelas, kita sebagai …