Book Review #11: Uwan Konah

Tajuk: Uwan Konah
Penulis : Haida Hassan
ISBN: 978-967-14675-8-9
Terbitan: dear Novels
Tahun Terbitan: 2017

Uwan KonahUwan Konah… nama pun agak unik, catchy dan mudah diingati. Melihat kulit buku dan font style pada perkataan Uwan Konah kita dah boleh meneka secara samar siapakah Uwan Konah. Dia sudah tentu seorang wanita tua yang mistik dan menyeramkan. Aku rasa memang itulah yang penulis mahukan. Tidak perlu pening kepala sebab dari kulit buku imaginasi kita sudah boleh menduga Uwan Konah adalah dalang di sebalik semua konflik yang bakal kita baca kelak.



Haida Hassan anda seorang penulis yang cukup teliti dan anda membuat kajian yang cukup terperinci. Kagum saya dengan susunan plot dan pergerakan cerita yang cukup lancar dan teratur. Tiada konflik atau subplot yang berselirat mahupun twist yang membelit urat otak pembaca. Dari awal penceritaan sudah menjurus ke arah konflik yang berlaku diantara dua watak utama. Watak protagonis dan antagonis digambarkan secara jelas, kita sebagai pembaca tidak perlu pening untuk meneka.

Kisah mengenai Munah yang kerap menerima gangguan dari makhluk halus milik nenek saudaranya. Kepulangannya ke kampung untuk bercuti seolah-olah mendekatkan dirinya dengan makhluk tersebut. Hidup Munah semakin tidak keruan bila hampir setiap malam dia dihantui dan bermimpi ngeri. Malah mimpi tersebut boleh menyebabkan Munah cedera secara realiti.

Namun di dalam ketakutan itu terdapat seseorang yang membantu Munah setiap kali dia bermimpi ngeri. Seorang lelaki misteri yang membuatkan Munah sentiasa rasa selamat setiap kali dia muncul. Ada unsur romantik seram di situ. Watak hero yang mempunyai kelebihan untuk memasuki mimpi Munah dan berinteraksi.


Bukan sahaja unsur seram sahaja yang cuba ditonjolkan tetapi nilai kekeluargaan, persahabatan dan percintaan di antara dua darjat. Malah penulis juga menekan tentang rawatan secara Islam dan doa-doa melindungi diri dari gangguan makhluk halus melalui ayat-ayat Al-Quran. Mukasurat 83 terdapat dialog di mana Hadi meminta Munah mengamalkan bacaan bismillah lima sebagai pendinding diri.


Klimaks cerita dan twist yang menarik, sehingga saya tak nak berhenti membaca malah tak sabar nak tahu kesudahannya. Jujurnya saya dapat merasai perasaan geram Munah terhadap Hadi apabila masih tidak mahu berterus terang tentang hubungan mereka berdua. Saya pun jadi geram jugak… kalau Hadi kat depan mata memang dah kena ketuk…hahah. Tapi rasanya itulah yang penulis mahu pembaca rasa bukan... kalau itulah yang sepatutnya kami rasai maka penulisan anda berjaya menyentuh emosi pembaca.

Kemasukan setiap watak baru pula disusun dengan rapi. Sangat mudah untuk saya sebagai pembaca menghadam fungsi setiap watak dan konflik yang muncul. Penceritaan yang full of suprises and suspens.


Cuma ada sedikit kelemahan yang ingin saya tekankan. Babak pertama adalah paling crucial dalam sesebuah novel. Babak inilah yang akan menentukan mood pembaca. Sekiranya penceritaan awal agak mendatar dan meleret akan menyebabkan bacaan ke babak seterusnya ditundakan. Di dalam novel ini saya mulai rasakan movement plot dan debaran di bab 7. Walaupun begitu di sebabkan penceritaan seterusnya graf semakin menaik saya terlupa tentang plot awal yang mendatar. Tapi alangkah baiknya kalau sedari awal suspens dan cliff hanger itu wujud dari bab pertama hingga enam.

Apa sekalipun saya sukakan novel ini. Sekarang saya nak tidur takut termimpikan Uwan Konah tapi indahnya kalau dapat jumpa Hadi kan…. Ahaks.. Tahniah Haida Hassan, saya menantikan karya anda seterusnya.


2 comments:

Ingin baca E-Book secara percuma? Ini aplikasi yang anda boleh muat turun.

Aplikasi e-book kini menjadi alternatif kepada pembaca buku. Selain dari mudah untuk dibawa ke mana saja, e-book juga menjadi pil...