Book Review #14: Cikgu Kelas Sebelah

Tajuk: Cikgu Kelas Sebelah
Penulis : Mohd Fadli Salleh
ISBN: 978-967-20620-73
Terbitan: Komrad Buku
Tahun Terbitan: 2017

Setiap orang ada perkara yang mampu melemahkan. Contoh seorang shopaholic memang tidak dapat menahan diri dari shopping. Begitu juga yang terjadi kepada diri aku yang kerdil ini. Hajat di hati hanya ingin tengok - tengok saja. Nak survey apa yang best untuk dibeli masa MABOPA Book Fair. Sayang sekali, helaian demi helaian di selak, aku terperangkap. Kelakar, sedih, gembira. Semuanya bercampur dalam naskah ini. Akhirnya aku terbeli juga "CIKGU KELAS SEBELAH"



Buku ini memaparkan kisah - kisah pendek yang pernah dilalui oleh penulisnya sendiri - Cikgu Fadli Salleh. Berbagai kerenah anak muridnya diceritakan untuk perkongsian bersama. Kerjaya sebagai cikgu bukan semudah yang disangka. Banyak ragam anak murid yang mereka perlu hadapi, bukan setakat mengajar subjek yang ditetapkan oleh pihak sekolah saja. Di sini kita boleh lihat bagaimana seorang cikgu perlu bijak mengawal keadaan dengan menggunakan pendekatan psikologi. 

Terdapat lebih 100 cerita pendek dikongsikan oleh Cikgu Fadli sepanjang menjadi guru di sekolah rendah. Bila baca nukilan beliau, ada kisah yang mampu menitiskan air mata, ada yang membuat kita ketawa tak ingat dunia dan ada yang menyebabkan kita merenung kembali ke dalam diri sendiri. Cerita yang ditulis sebenarnya dekat dengan hati kita kerana ada antaranya mungkin kita pernah melaluinya pada zaman sekolah dulu (sebagai seorang murid).

       "Jom LIKE page kami D'ulatbuku. Banyak info menarik tentang buku akan kami kongsikan"

Satu coretannya tentang peristiwa di mana beliau menyaksikan 2 orang anak muridnya sedang mencari stoking rakanya. Stoking itu tidak berjaya ditemui, dan rakannya itu memberi cadangan berkongsi stoking. Macam mana nak kongsi stoking?? Setiap seorang memakai sebelah stoking saja...hahaha semangat setiakawan yang tinggi. Ini baru dikatakan kawan masa susah dan senang. Susah nak jumpa kawan sejati macam ni zaman sekarang kan.

Kisah pendek ini mampu menjentik perasaan hati anda...percayalah.

Jadi buku ini telah menjadi sebahagian koleksi di mini perpustakaan di rumah. Sesuai untuk bacaan santai sambil minum kopi di petang hari. Walaupun kelihatan ringan, tapi terselit seribu pengalaman yang berharga bagi seorang insan yang bergelar cikgu. Tahniah dan terima kasih Cikgu Fadli, semoga terus menjadi seorang cikgu yang berdedikasi dan disayangi murid - murid anda.


2 comments:

  1. Tajuk yang catchy nak membuat kita hendak baca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. buku ini ditulis seorang cikgu berdasarkan kisah yang dilaluinya. Ada sesetengah cerita tu, dapat mengimbau kenangan zaman persekolahan.

      Delete

Ingin baca E-Book secara percuma? Ini aplikasi yang anda boleh muat turun.

Aplikasi e-book kini menjadi alternatif kepada pembaca buku. Selain dari mudah untuk dibawa ke mana saja, e-book juga menjadi pil...